My Blog List

Monday, March 16, 2009

PUTRAJAYA MALAYSIA



peta putrajaya/putrajaya maps

View Larger Map

masjid putrajaya malaysia

Thursday, March 12, 2009

mat rempit tegar









dasyat betul mat rempit ni...dah dlm kubur pun nak merempit

ikan keli main bola sepak



ceritanye begini...pada satu hari...sekawan ikan keli tgh boring..tiba tiba bola jatuh kat tempat diorg lepak..apa lagi..diorg main futsall..tiba tiba satu rempatan kencang dilepaskan ..sungguh kencang rempatan itu..penjaga gol cuba nak menangkap ..tak sempat ...lalu terrrr masuk la bola tu dlm mulutnye...

pssttt..ikan keli ni masak lada cili api sodaapp ni..heheeh

bunga cinta lestari di putrajaya




hehe..bkn bunga cinta lestari la..bunga api la..cantik gak..

dua cerita tentang kaya

Video Sistem Kedai Online







ni ada dua cerita tentang kaya..kaya yang baik...dan kaya yang tak baik..mana satu yg kite pilih??? ....lu fikirlah sendiri bak kata nabil...hehehe


Gates kembali orang terkaya

NEW YORK 12 Mac - Pengasas Microsoft Corp., Bill Gates kini kembali menduduki takhta teratas senarai individu terkaya di dunia pada tahun lalu, apabila mengatasi pelabur terkenal, Warren Buffett.

Senarai itu dikeluarkan oleh majalah Forbes ketika kemelesetan kewangan global menyebabkan jutawan dunia mengalami kerugian sebanyak tinggi AS$2 trilion (RM7.35 trilion).

Bilangan jutawan dunia berkurang sebanyak hampir satu pertiga kepada 793 orang pada tahun lalu, kebanyakannya di Rusia, India dan Turki.

Gates sekali lagi menjadi lelaki terkaya di dunia dengan aset berjumlah AS$40 bilion (RM147.4 bilion) selepas jatuh ke tangga ketiga pada 2007 semasa mempunyai aset AS$58 bilion (RM213.6 bilion).

Buffett yang menduduki tangga pertama sebelum ini dengan kekayaan bernilai AS$62 bilion (RM228.3 bilion), kini jatuh di tempat kedua dengan aset berjumlah AS$37 bilion (RM136.6 bilion).

Tempat ketiga dimiliki oleh taikun telekomunikasi dari Mexico, Carlos Slim dengan aset berjumlah AS$35 bilion (RM129.2 bilion) berbanding AS$60 bilion (RM221.5 bilion) tahun lalu.

Secara keseluruhannya, tiga jutawan teratas dalam senarai Forbes ini kehilangan sebanyak AS$68 bilion (RM250.6 bilion) semasa Forbes menyiapkan senarai jutawan dunia sehingga 13 Februari lalu.

Ketua Eksekutif Majalah Forbes, Steve Forbes berkata, tidak ramai yang bersedih dengan apa yang dihadapi para jutawan, namun ekonomi terjejas apabila ahli perniagaan berdepan dengan masalah.

Editor kanan Forbes, Luisa Kroll berkata, ini adalah kali pertama kekurangan jutawan berlaku sejak tahun 2003.

Beliau juga berkata, ahli perniagaan India, Anil Ambani yang menonjol pada tahun lalu, jatuh teruk kali ini dengan kehilangan aset berjumlah AS$32 bilion (RM118.2 bilion). Dari tempat keenam, Anil jatuh ke tangga ke-34 dengan aset berjumlah AS$10.1 bilion (RM37.3 bilion).

Kroll berkata, sebelum ini empat rakyat India tersenarai dalam 10 individu terkaya, namun kini hanya tinggal dua orang.

Bandar New York juga telah menggantikan Moscow sebagai bandar jutawan setelah ibu negara Rusia itu mengalami kejutan dengan bilangan jutawan jatuh kepada 32 daripada 87 orang. -


Pengedar dadah antara orang terkaya di dunia

MEXICO 12 Mac - Seorang lelaki 'pendek' yang paling dikehendaki di negara ini, Jaoquin Guzman (gambar), kerana menyebabkan beribu-ribu orang mati akibat aktiviti pengedaran dadah, hari ini disenaraikan sebagai antara individu terkaya di dunia oleh majalah Forbes dengan memiliki aset bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM3.7 bilion).

Guzman, ketua kumpulan sindiket pengedaran dadah Sinaloa Cartel, mempunyai ketinggian 1.55 meter telah melarikan diri daripada penjara sehingga mencetuskan 'gelombang' pembunuhan dalam usaha menguasai perniagaan dadah ke Amerika Syarikat (AS).

"Dia tidak mahu untuk ditemuramah.

"Bagaimanapun kedudukan kewangan yang dimilikinya agak baik, " kata Pengarang Kanan Forbes, Luisa Kroll, hari ini.

Forbes meletakkan Guzman sebagai individu ke-701 terkaya di dunia yang memiliki aset berjumlah AS$1 bilion (RM3.7 bilion).

Guzman, 51, dipercayai sering menukar telefon bimbitnya setiap hari bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Dia juga sering membandingkan dirinya dengan bekas raja dadah Colombia, Pablo Escobar yang memiliki aset terkumpul kira-kira AS$3 bilion (RM11 bilion).

Pablo Escobar dengan empayar kokainnya telah menjadikan 30 juta rakyat Colombia sebagai 'tebusan' kepada kegiatan keganasan bagi melindungi kegiatan jenayahnya.

Empayarnya bagaimanapun, berakhir dengan kematiannya di tangan pasukan khas yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa Colombia dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) setelah ditembak mati semasa operasi antidadah pada tahun 1993.

Kata Kroll, Guzman kini merupakan antara pembekal terbesar dadah jenis kokain ke AS.

Majalah itu mencatat kekayaan Guzman itu melalui analisis perdagangan dadah serta data maklumat daripada kerajaan AS.

Guzman telah melarikan diri dari penjara pada tahun 2001 dan berjaya mengelak ditahan oleh pihak berkuasa selama lapan tahun sehingga mengaibkan kerajaan Mexico. - Reuters

sumber; http://www.utusan.com.my

Wednesday, March 11, 2009

jepun cipta saya





Jepun cipta Saya
TOKYO 11 Mac – Jepun yang terkenal dengan teknologi penciptaan robot, memperkenalkan satu lagi robot baru dikenali sebagai Saya yang berperanan sebagai guru dan berupaya memberikan tugasan kepada para pelajar.

Perekanya, Hiroshi Kobayashi yang juga seorang profesor di Universiti Sains Tokyo berkata, sama seperti robot-robot keluaran Honda Motor seperti Asimo, Saya diprogramkan dengan emosi asas iaitu terkejut, takut, meluat, marah, gembira dan sedih.

Saya pada mulanya dibangunkan sebagai robot penyambut tetamu pada 2004 sebelum diuji di dalam bilik darjah awal tahun ini bersama pelajar gred lima dan enam.

Jelas Kobayashi, Saya yang menyerupai manusia mampu berinteraksi setiap kali namanya dipanggil. – AP












Tuesday, March 10, 2009

PERMATA SURI










Faedah mengamalkan PERMATA SURI


Mengeratkan hubungan kelamin. Mengurangkan masalah keputihan.
Menegangkan kulit faraj. Mengurangkan lelehan lendir. Memperbaiki tisu dan mengecutkan rahim yang rosak atau kembang. Mencuci dan mengeringkan luka selepas bersalin. Mengurangkan kegatalan dan bengkak pada faraj. Memberikan bau harum pada vagina. Memberikan kesegaran pada bahagian pinggang dan sendi-sendi serta menghilangkan rasa mengantuk. Fungsi kandungan herba adalah untuk menyingkirkan toksin dalam badan.



Testimoni Pengguna Permata Suri

“ Saya adalah seorang wanita berusia 40 tahun, mempunyai 6 orang cahaya mata. Masalah saya adalah sering kesepian. Ini adalah kerana suami saya jarang pulang ke rumah. Selalu “outstation”, bermesyuarat dan bermaca-macam alasan lagi. Namun setelah diperkenalkan produk ini, semuanya telah berubah…..Suami saya sudah mula lekat di rumah dan amat jarang sekali meninggalkan saya lagi..Syukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan produk ini”
Pn. Sabariah, Tumpat.
“Sejak dari mula akil baligh (datang bulan), saya telah menghadapi masalah senggugut. Akibat daripada itulah saya tidak dapat hadir ke sekolah dengan baik. Setiap kali datang bulan, pasti saya tidak dapat hadir ke sekolah dan ia mengganggu sesi pembelajaran saya. Suatu hari, kawan emak saya memperkenalkan produk Permata Suri dan Joshi Pad (tuala wanita) CNI kepada saya. Oleh kerana tidak tahan lagi untuk menanggung kesakitan, saya terus mencubanya. Alhamdullilah bulan yang seterusnya masalah saya semakin berkurangan dan hampir tiada lagi. Terima kasih kepada Makcik Hawa dan CNI kerana memperkenalkan saya produk yang sungguh luar biasa. ”
Sarimah Nordin, USM, Pulau Pinang.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI …
WAN
012 2824447

http://www.cni4u.com/Izz