My Blog List

Tuesday, August 5, 2014

Coli jejak wanita berkemban atas loteng

Jitra: Penemuan sehelai coli dalam sebuah rumah dihuni seorang lelaki warga Indonesia membongkar kehadiran seorang wanita yang ditemui bersembunyi di atas loteng dalam serbuan Jabatan Imigresen Kedah di Kampung Teluk Nibung, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, pada mulanya lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa tinggal bersendirian di rumah sewa berkenaan sebelum anggota penguat kuasa menggeledah berikutan menemui pakaian dalam wanita.
Timbalan Penolong Pengarahnya Othman Mat berkata, pemeriksaan mendapati wanita berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan berkemban bersembunyi atas loteng bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana menetap lebih masa di mana boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Kami juga menahan lelaki yang tinggal bersama wanita terbabit atas kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana melindungi warga asing.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 bagi setiap orang yang dilindungi,” katanya.
Dalam operasi selama empat jam bermula jam 12 tengah malam disertai 10 anggota penguat kuasa terbabit membuat pemeriksaan ke atas 20 warga asing terdiri daripada warga Indonesia di tiga lokasi berasingan termasuk sebuah bangunan rumah kedai di Alor Setar.
Othman berkata, pihaknya mendapati 18 daripadanya termasuk seorang kanak-kanak perempuan dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mengesan empat lelaki dan dua wanita termasuk seorang kanak-kanak didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Foto

Kegel ketatkan vagina

Menjaga diet harian saja tidak cukup untuk mengekalkan keseluruhan kesihatan badan, ia perlu dilengkapi dengan senaman.
Tidak kira lelaki mahupun perempuan, senaman membantu mencergaskan badan dan minda. Senaman membuatkan otot bergerak cergas dan pada masa sama membantu menambah kekuatan dan keanjalannya. 

Senaman juga membantu melancarkan aliran darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran pada tubuh.

Senaman juga dapat membantu memantapkan otot, yang menjadi benteng kepada anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel (kemutan) atau dikenali sebagai senaman lantai pelvis. Pada perempuan, lantai pelvis ini menyokong rahim, pundi kencing, usus kecil dan usus besar.
Foto
1. MULAKAN senaman dengan menarik dan menghembus nafas perlahan-lahan.

Senaman Kegel mula diperkenalkan oleh Dr Arnold Kegel pada 1948. Untuk mengetahui otot mana yang dimaksudkan, anda boleh buat latihan sendiri ketika berada di bilik air. Ketika buang air kecil, cuba kemut supaya aliran air kecil terhenti. Jika berjaya, anda menemui otot yang betul.

Jika senaman Kegel diamalkan setiap hari, ia boleh membantu mengetatkan vagina, memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan dan mengelakkan masalah ‘kebocoran kencing’ seperti yang kerap dialami wanita berumur.

Teknik senaman yang dilakukan dengan betul juga boleh membantu mengelakkan berlakunya masalah prolaps (rahim jatuh) di masa akan datang.

Ada sesetengah gerakan Kegel sesuai dilakukan oleh wanita hamil, namun sebelum melakukannya perlu mendapatkan nasihat daripada jurulatih bertauliah.

Ini kerana otot pelvis yang kuat membantu memudahkan proses kelahiran terutama sewaktu meneran. Selain itu, senaman Kegel juga dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan semasa bersalin.

Dalam tempoh berpantang, senaman Kegel boleh membantu memulihkan luka episiotomi dengan lebih cepat disamping menguatkan kembali otot pelvis.

Namun, perlu diingat senaman Kegel tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau mereka yang mengalami banyak koyakan pada vagina.

Senaman Kegel yang betul juga boleh membantu meningkatkan aliran darah ke rahim dan vagina. Bagi individu yang mengalami masalah membuang air kecil, senaman Kegel membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah.

Kesan senaman Kegel dapat dirasai bergantung kepada kekerapan dan teknik yang betul sewaktu melakukannya. 

Kegel juga boleh dilakukan dengan mencengkam pembukaan lubang kencing dan lubang najis serentak (selepas buang air dan rasa lega) dengan merapatkan kedua-dua paha atau menyilang paha dan melakukannya sebanyak 50 hingga 100 kali sehari.

Sewaktu mencengkam otot berkenaan tahan selama lima atau 10 saat mengikut kemampuan. Apa pun gerakan atau senaman yang ingin dilakukan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dulu sebelum melakukannya sendiri di rumah. 

Pakar bidang kecantikan dan urutan terapi, Ruzidah Ishak, 47 juga mengakui mengamalkan senaman Kegel untuk kesihatan bahagian rahim dan vagina yang menjadi aset penting bagi wanita.

Ketika melakukan gerakan senaman seperti yang ditunjukkan oleh Ruzidah, anda boleh membuat kemutan. Senaman yang ditunjukkan ini umpama serampang dua mata, selain bermanfaat untuk otot lantai pelvis ia juga menguatkan otot di pinggang, paha dan kaki. 

Namun, bagi individu yang baru kali pertama mencuba senaman ini, lakukan setiap gerakan dalam kiraan tiga terlebih dulu selain mendapatkan nasihat jurulatih kecergasan sebelum melakukannya.

Monday, August 4, 2014

Mandi dulu, baru lumur

Kuala Lumpur: Dimandikan wanita muda berpakaian seksi sebelum melakukan urutan berahi menggunakan keju yang dilumur ke beberapa bahagian anggota badan.
Itulah teknik terbaru beberapa pusat urut di sekitar Lembah Klang untuk menarik pelanggan, terutama lelaki hidung belang yang sentiasa mahukan kelainan dalam teknik urutan batin.
Taktik itu dikesan wartawan Metro Ahad di sebuah pusat urut di Serdang, dekat sini, yang sekali pandang seolah-olah hanya menawarkan khidmat urutan badan kepada pelanggannya.

Pakej istimewa ‘urut keju’ ini diberi kepada pelanggan yang ingin dibelai wanita muda dari Vietnam, China dan Indonesia.
Foto
KEJU yang digunakan untuk urutan.

Menerusi pakej ini, pelanggan bebas memilih tukang urut yang diingini sebelum mereka dimandikan wanita berkenaan, seterusnya anggota badan mereka dilumur dengan keju.

Macam ahli akrobatik

Kuala Lumpur: Beberapa wanita tukang urut sanggup membengkokkan tubuh seperti ahli akrobatik sebelum menyelinap masuk ke bawah katil bagi mengelak diberkas anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen.
Dalam operasi jam 3 petang semalam, suspek cuba mengelak dari ditahan selepas menyedari kawasan rumah urut di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang, Jalan Berangan, Jalan Beremi dan Jalan Angsoka di sini, diserbu pihak berkuasa.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata, operasi Ops Sayang itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada masyarakat berhubung kebanjiran warga asing di kawasan itu.
Menurutnya pemeriksaan mengejut diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Mohd Zamry Mohd Nor dilakukan di lapan premis membabitkan pasar mini, kedai runcit, restoran, kedai dobi, kedai urut dan pusat refleksologi.
“Ketika serbuan dilakukan, beberapa gadis tukang urut dikesan bersembunyi di bawah katil secara beramai-ramai.
Walaupun ruangan untuk bersembunyi itu agak sempit, namun mereka mampu melipatkan badan dan menyorok di dalamnya.

“Wanita terbabit yang ‘mati akal’ akhirnya menyerah diri selepas lokasi persembunyian semua mereka dikesan anggota imigresen.
Foto
TUKANG urut yang bersembunyi di bawah katil.

Dalam masa sama ada antara wanita warga asing ini dilihat bertempiaran melarikan diri bagi mengelak ditangkap,” katanya.
Menurutnya, wanita warga asing terbabit seolah-olah berlagak tidak waras dan menjerit tanpa sebab.
“Bagaimanapun semua 11 wanita warga Thailand, dua warga Indonesia dan dua Myanmar itu berjaya diberkas.

Siasatan mendapati mereka menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut.

“Semua wanita yang ditahan berusia 21 hingga 48 tahun.

Turut ditahan dua lelaki tempatan yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis pusat urut berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, pihak imigresen turut menahan 22 lelaki Bangladesh, dua lelaki Myanmar, dua lelaki India dan satu lelaki Filipina.
“Mereka dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen, Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 atas kesalahan salahguna kemudahan pas lawatan sosial.
“Dua lelaki tempatan terbabit yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji warga asing tanpa pas dan permit yang sah,” katanya.
Pix 2: ANTARA wanita tukang urut yang diberkas kerana bekerja secara haram di sekitar ibu kota

Foto ‘panas’ Nora

Kuala Lumpur: “Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up’ bra?” sindir aktres jelita, Nora Danish selepas fotonya berbaju-T ketat yang dimuat naik ke laman Instagramnya mendapat perhatian ramai.
Pada komen mengenai foto itu, blog hiburan dan peminat membuat spekulasi Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Haniff, 32, melakukan suntingan semula untuk membuatkan payudaranya tampak lebih besar.

Foto itu kemudian menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.

“Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.
Foto
FOTO Nora yang menjadi ‘viral’ di beberapa laman sosial.

“Foto itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” 

Bakar perempuan simpanan suami

Yunnan: Seorang wanita menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.
Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi.

anita itu mendakwa perempuan simpanan suaminya memaksa dia bercerai. 

Rakaman video menunjukkan seorang wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang menakutkan.
Foto
GAMBAR Shi sebelum cuba membunuh diri.

Mangsa kemudian rebah dan mati di tempat kejadian.

Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali. 

Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital.

Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol.

Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: “Adakah kamu yang mendampingi suami saya?”

Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya.

Pesta tak ada maruah

Georgetown: Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu penyebaran video bertajuk 'Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang' yang disebarkan secara meluas di laman sosial.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan 

Menurutnya, polis juga akan memgesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur. 

"Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit," katanya ketika dihubungi.

Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat itu sekumpulan kira-kira 20 individu terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, di sini Jun lalu.

Terdapat juga video yang berdurasi 5 minit 25 saat yang dimuat naik bertajuk 'Malaysia Nude Sports Games 2014' (Pesta Sukan Bogel Malaysia 2014) merupakan video versi penuh. 

Harian Metro difahamkan, terdapat beberapa lagi video pesta bogel turut dimuat naik pemilik akaun itu sejak beberapa bulan lalu.

Tonton dulu baru ‘projek’

Kuala Lumpur: Tonton dan tiru aksi lucah. Itulah idea jijik diperkenalkan empat pusat urutan tradisional di Jalan Rimbunan Raya, Kepong di sini, yang sengaja menyajikan tayangan video kepada pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmat seks.
Pelanggan seolah-olah digalakkan meniru aksi ditonton pada filem pornografi itu sebelum memilih 26 wanita warga Vietnam serta seorang wanita warga Indonesia yang dijadikan pelacur di pusat urut berkenaan.
Difahamkan semua wanita berusia 18 hingga 32 tahun terbabit yang diperdagangkan sindiket pelacuran tempatan dikawal pergerakan mereka sepanjang masa oleh beberapa ahli sindiket.
Malah pasport milik semua mangsa ini disimpan oleh sindiket pelacuran bagi mengelakkan mereka melarikan diri.
Bagaimanapun kegiatan jenayah itu terbongkar selepas sepasukan anggota Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIP) Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) C Bukit Aman melakukan serbuan mengejut di premis itu jam 4.30 petang semalam.
Serbuan serentak itu diketuai Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff bersama 10 pegawai dan 27 anggota polis.
Kamal berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di premis itu bertindak melakukan serbuan serentak dan berjaya menyelamatkan semua wanita warga asing terbabit.
Menurutnya, enam penjaga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 23 hingga 40 tahun turut diberkas.
“Hasil pemeriksaan mendapati semua wanita terbabit dipaksa menjadi pelacur dan pasport milik mereka disimpan oleh ahli sindiket.
“Risikan mendapati pelanggan membayar RM140 hingga RM200 untuk mendapatkan khidmat seks selain disajikan tayangan filem lucah,” katanya.
Menurutnya, polis turut merampas kondom dan wang tunai sebanyak RM500 daripada suspek.
“Semua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12 ATIP,” katanya.
Foto
PENJAGA dan wanita yang dijadikan pelacur ditahan dalam serbuan di Jalan Rimbunan, Kepong.

Remaja China kemaruk tayang ketiak berbulu

Beijing: Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur.
Gambar ketiak masing-masing kini dilaporkan memenuhi laman sesawang Weibo yang berfungsi seperti Twitter di China bagi menyahut cabaran untuk peraduan selfie bulu ketiak terbaik. 


Peraduan yang diumumkan melalui Internet pada 17 Julai lalu itu berjaya menarik lebih 28.5 juta orang yang mula menyumbang ribuan gambar dalam tempoh hanya lima hari. 

Penganjur peraduan Gadis Yang Tidak Mencukur Bulu Ketiak itu berkata, ia bertujuan mewujudkan sikap positif di kalangan wanita terhadap persepsi kecantikan di mata masyarakat.
Foto
PELBAGAI cara digunakan wanita China untuk mempamerkan ‘kecantikan’ masing-masing.

“Wanita perlu mempunyai keyakinan diri sama ada anda bercukur atau tidak,” katanya di laman sesawang itu.

Walaupun peraduan tidak menawarkan sebarang hadiah berakhir pada 22 Julai lalu, namun ramai wanita daripada terus memuat naik gambar ketiak mereka dengan hashtag berkenaan. 

Sebelum ini ada negara lain menggalakkan wanita berkongsi gambar bulu ketiak, bulu kaki dan sebagainya. - Agensi