Kuala Lumpur: Beberapa wanita tukang urut sanggup membengkokkan tubuh seperti ahli akrobatik sebelum menyelinap masuk ke bawah katil bagi mengelak diberkas anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen.
Dalam operasi jam 3 petang semalam, suspek cuba mengelak dari ditahan selepas menyedari kawasan rumah urut di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang, Jalan Berangan, Jalan Beremi dan Jalan Angsoka di sini, diserbu pihak berkuasa.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata, operasi Ops Sayang itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada masyarakat berhubung kebanjiran warga asing di kawasan itu.
Menurutnya pemeriksaan mengejut diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Mohd Zamry Mohd Nor dilakukan di lapan premis membabitkan pasar mini, kedai runcit, restoran, kedai dobi, kedai urut dan pusat refleksologi.
“Ketika serbuan dilakukan, beberapa gadis tukang urut dikesan bersembunyi di bawah katil secara beramai-ramai.
Walaupun ruangan untuk bersembunyi itu agak sempit, namun mereka mampu melipatkan badan dan menyorok di dalamnya.
“Wanita terbabit yang ‘mati akal’ akhirnya menyerah diri selepas lokasi persembunyian semua mereka dikesan anggota imigresen.
“Wanita terbabit yang ‘mati akal’ akhirnya menyerah diri selepas lokasi persembunyian semua mereka dikesan anggota imigresen.
TUKANG urut yang bersembunyi di bawah katil.
Dalam masa sama ada antara wanita warga asing ini dilihat bertempiaran melarikan diri bagi mengelak ditangkap,” katanya.
Menurutnya, wanita warga asing terbabit seolah-olah berlagak tidak waras dan menjerit tanpa sebab.
“Bagaimanapun semua 11 wanita warga Thailand, dua warga Indonesia dan dua Myanmar itu berjaya diberkas.
Siasatan mendapati mereka menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut.
“Semua wanita yang ditahan berusia 21 hingga 48 tahun.
Turut ditahan dua lelaki tempatan yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis pusat urut berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, pihak imigresen turut menahan 22 lelaki Bangladesh, dua lelaki Myanmar, dua lelaki India dan satu lelaki Filipina.
“Mereka dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen, Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 atas kesalahan salahguna kemudahan pas lawatan sosial.
“Dua lelaki tempatan terbabit yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji warga asing tanpa pas dan permit yang sah,” katanya.
Pix 2: ANTARA wanita tukang urut yang diberkas kerana bekerja secara haram di sekitar ibu kota
No comments:
Post a Comment