My Blog List

Thursday, March 12, 2009

dua cerita tentang kaya

Video Sistem Kedai Online







ni ada dua cerita tentang kaya..kaya yang baik...dan kaya yang tak baik..mana satu yg kite pilih??? ....lu fikirlah sendiri bak kata nabil...hehehe


Gates kembali orang terkaya

NEW YORK 12 Mac - Pengasas Microsoft Corp., Bill Gates kini kembali menduduki takhta teratas senarai individu terkaya di dunia pada tahun lalu, apabila mengatasi pelabur terkenal, Warren Buffett.

Senarai itu dikeluarkan oleh majalah Forbes ketika kemelesetan kewangan global menyebabkan jutawan dunia mengalami kerugian sebanyak tinggi AS$2 trilion (RM7.35 trilion).

Bilangan jutawan dunia berkurang sebanyak hampir satu pertiga kepada 793 orang pada tahun lalu, kebanyakannya di Rusia, India dan Turki.

Gates sekali lagi menjadi lelaki terkaya di dunia dengan aset berjumlah AS$40 bilion (RM147.4 bilion) selepas jatuh ke tangga ketiga pada 2007 semasa mempunyai aset AS$58 bilion (RM213.6 bilion).

Buffett yang menduduki tangga pertama sebelum ini dengan kekayaan bernilai AS$62 bilion (RM228.3 bilion), kini jatuh di tempat kedua dengan aset berjumlah AS$37 bilion (RM136.6 bilion).

Tempat ketiga dimiliki oleh taikun telekomunikasi dari Mexico, Carlos Slim dengan aset berjumlah AS$35 bilion (RM129.2 bilion) berbanding AS$60 bilion (RM221.5 bilion) tahun lalu.

Secara keseluruhannya, tiga jutawan teratas dalam senarai Forbes ini kehilangan sebanyak AS$68 bilion (RM250.6 bilion) semasa Forbes menyiapkan senarai jutawan dunia sehingga 13 Februari lalu.

Ketua Eksekutif Majalah Forbes, Steve Forbes berkata, tidak ramai yang bersedih dengan apa yang dihadapi para jutawan, namun ekonomi terjejas apabila ahli perniagaan berdepan dengan masalah.

Editor kanan Forbes, Luisa Kroll berkata, ini adalah kali pertama kekurangan jutawan berlaku sejak tahun 2003.

Beliau juga berkata, ahli perniagaan India, Anil Ambani yang menonjol pada tahun lalu, jatuh teruk kali ini dengan kehilangan aset berjumlah AS$32 bilion (RM118.2 bilion). Dari tempat keenam, Anil jatuh ke tangga ke-34 dengan aset berjumlah AS$10.1 bilion (RM37.3 bilion).

Kroll berkata, sebelum ini empat rakyat India tersenarai dalam 10 individu terkaya, namun kini hanya tinggal dua orang.

Bandar New York juga telah menggantikan Moscow sebagai bandar jutawan setelah ibu negara Rusia itu mengalami kejutan dengan bilangan jutawan jatuh kepada 32 daripada 87 orang. -


Pengedar dadah antara orang terkaya di dunia

MEXICO 12 Mac - Seorang lelaki 'pendek' yang paling dikehendaki di negara ini, Jaoquin Guzman (gambar), kerana menyebabkan beribu-ribu orang mati akibat aktiviti pengedaran dadah, hari ini disenaraikan sebagai antara individu terkaya di dunia oleh majalah Forbes dengan memiliki aset bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM3.7 bilion).

Guzman, ketua kumpulan sindiket pengedaran dadah Sinaloa Cartel, mempunyai ketinggian 1.55 meter telah melarikan diri daripada penjara sehingga mencetuskan 'gelombang' pembunuhan dalam usaha menguasai perniagaan dadah ke Amerika Syarikat (AS).

"Dia tidak mahu untuk ditemuramah.

"Bagaimanapun kedudukan kewangan yang dimilikinya agak baik, " kata Pengarang Kanan Forbes, Luisa Kroll, hari ini.

Forbes meletakkan Guzman sebagai individu ke-701 terkaya di dunia yang memiliki aset berjumlah AS$1 bilion (RM3.7 bilion).

Guzman, 51, dipercayai sering menukar telefon bimbitnya setiap hari bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Dia juga sering membandingkan dirinya dengan bekas raja dadah Colombia, Pablo Escobar yang memiliki aset terkumpul kira-kira AS$3 bilion (RM11 bilion).

Pablo Escobar dengan empayar kokainnya telah menjadikan 30 juta rakyat Colombia sebagai 'tebusan' kepada kegiatan keganasan bagi melindungi kegiatan jenayahnya.

Empayarnya bagaimanapun, berakhir dengan kematiannya di tangan pasukan khas yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa Colombia dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) setelah ditembak mati semasa operasi antidadah pada tahun 1993.

Kata Kroll, Guzman kini merupakan antara pembekal terbesar dadah jenis kokain ke AS.

Majalah itu mencatat kekayaan Guzman itu melalui analisis perdagangan dadah serta data maklumat daripada kerajaan AS.

Guzman telah melarikan diri dari penjara pada tahun 2001 dan berjaya mengelak ditahan oleh pihak berkuasa selama lapan tahun sehingga mengaibkan kerajaan Mexico. - Reuters

sumber; http://www.utusan.com.my

No comments: