My Blog List

Tuesday, June 24, 2014

KISAH BENAR PUAN LOLA DAN ADIK OKU : MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH


"Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,”

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,”

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,”

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,”

Ibunya yang juga berasal dari sabah sudah bercerai dengan suaminya dan terputus hubungan hingga memaksa ibunya untuk membuat keputusan yang menyedihkan ini.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya

PERSOALAN YANG BERMAIN DIMINDA:

1) kenapa bilik macam sampah sarap, tak kemaskan ke?

2) kenapa tak pakai baju yang elok sikit, kenapa baju koyak rabak?

Biodata Remaja OKU: 

Nama: Muhammad Firdaus Dullah

Umur: 15 Tahun

Status: Orang Kurang Upaya - OKU "Celebral Palsy"

Asal: Sabah