-
membincangkan ttg dunia masa kini..malaysia..segala panduan tentang dunia dan akhirat..tip tip dan segalan panduan boleh di kongsi bersama..segala sumbangan aktikel dan komen boleh la di salurkan kepada izzzafri@gmail.com .. sekian..
My Blog List
Thursday, March 19, 2009
Belon udara panas di Putrajaya
PUTRAJAYA: Lebih 100,000 pelancong tempatan dan asing dijangka hadir menyaksikan Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2009 yang berlangsung di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, selama empat hari bermula semalam.
Pertunjukan julung kali yang diadakan di kawasan letak kereta Monumen Alaf Baru, Presint 2 dekat sini itu disertai 18 peserta amatur dan profesional dari 11 negara iaitu Perancis, Jerman, Jepun, Belgium, Thailand, New Zealand, Korea, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia.
Timbalan Presiden Persatuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Kapten Khairudin Abdul Rani, berkata pihaknya yakin pertunjukan yang menampilkan pelbagai jenis belon udara panas termasuk berbentuk burung merak, badut, kepala gajah dan cawan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment