My Blog List

Thursday, March 5, 2009

TURUN 5KG DALAM MASA 10 HARI!!!!

KELEBIHAN S .I .Y


Liposis : Menguraikan Lemak Tertakung & Degil
Membina Otot Lemak & Menindas Simpanan Lemak
Anti-Selulit : Menghapuskan Kesan Kulit Limau
Menegangkan & Memulihkan Daya Hidup Muda Untuk Anda
Termo-Genesis : Melanjutkan Kesan Pembakaran Lemak Dengan Menukarkan Lemak Kepada Tenaga
Menyelaraskan Fungsi Tubuh Badan Tanpa Kesan Sampingan
Mengawal Nafsu Lapar
Menghilangkan Tekanan
Mengurangkan Ukuran Badan
Mengurangkan Kolesterol Dalam Badan
Mencegah Anemia
Melegakan Sembelit & Keletihan
Meningkatkan Sistem Imunisasi & Peredaran Darah
Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
Membekalkan Zat Kepada Tubuh Badan Dengan Pelbagai "VITAMIN, MINERAL, ASID AMINO & ENZIM"
sila klik untuk selanjutnye


http://www.fizalstore.com/slimityourself/index.php?ref=wancole

belajar bahasa arab

Ingin Mengajar Anak Anda Bahasa Arab?







Mencari Cinta?



Salam...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan..............
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=wancole
Insyallah, dapat membantu.Bye!



mawi ekin berfesyen terbaru

inikah fesyen terbaru mawi yang hangat diperkatakan????? tudung mawi??? kah kah kah...ini agaknye asal usul TUDUNG EKIN tudungcantik yang hangat diperkatakan malaysia kini ...

Tuesday, March 3, 2009

Lelaki sayang kereta lebih daripada isteri

LONDON 4 Ogos – Satu kajian di England mendapati tiga peratus daripada pemandu lelaki di negara ini lebih rela meninggalkan isteri atau teman wanita daripada tidak menggunakan kereta mereka.Kajian organisasi permotoran AA juga mendedahkan hampir 80 peratus rakyat Britain tidak dapat hidup tanpa kereta walaupun mereka dibebani kenaikan harga minyak.Memandu pula bukan tidak mendatangkan masalah kepada mereka.Perbuatan memandu dengan mengekori kereta lain pada jarak dekat merupakan tabiat tertinggi iaitu sebanyak 30 peratus manakala menggunakan telefon bimbit semasa memandu pula dilakukan oleh kira-kira 26 peratus pemandu di Britain.Walaupun berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang tinggi, kenaikan cukai jalan atau perbuatan mengekori kereta lain pada jarak dekat, menyalahgunakan telefon serta memonopoli laluan tengah, namun rata-rata pemandu masih tidak boleh membayangkan hidup tanpa berkereta,’’ kata Presiden AA, Edmund King.“Mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ialah kita perlu belajar untuk hidup dengan berkereta daripada mengehadkan penggunaan kereta,’’ katanya.Pada masa ini, harga purata bagi satu liter petrol tanpa plumbum di Britain ialah 116.6 pence (RM7.48), naik sebanyak 20 pence berbanding harga beberapa tahun lepas.Kajian itu dijalankan dari 23 Mei hingga 2 Jun lalu di kalangan 18,547 ahli AA.

mentor jutawan




oleh irfan khairi






Mentor Jutawan 2008 (baru)- klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Sidang DUN bawah pokok


ini pokok Gaharu@Agarwood pokok karas..tiada kena mengena dgn cerita dibawah

IPOH 3 Mac – Pakatan pembangkang DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengadakan ‘sidang tergempar’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok, kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Persidangan tersebut bermula pukul 10.15 pagi setelah mereka dihalang memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.
Sebanyak 27 wakil rakyat pakatan pembangkang menghadiri sidang tergempar itu yang dikendalikan oleh Speaker, V. Sivakumar dan Setiausaha Dewan yang baru dilantik, Misbahul Munir Masduki.
Persidangan di bawah pokok itu turut mendapat perhatian kira-kira 300 orang awam termasuk pemberita dari dalam dan luar negara.
Lebih menghairankan, persidangan tersebut turut meluluskan tiga usul dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli dewan yang hadir.
Usul pertama yang dicadangkan ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Usul itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah.
Usul kedua pula dikemukakan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mencadangkan supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham pula membuat usul ketiga supaya ahli dewan mengesahkan keputusan Speaker melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Persidangan yang menyaksikan semua wakil rakyat terpaksa berdiri, ditangguhkan pada pukul 10.33 pagi.
Terdahulu, wakil rakyat tersebut bersama penyokong merempuh barisan halangan anggota keselamatan di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira pukul 9.30 pagi hingga menimbulkan kekecohan.
Sementara itu, Mohammad Nizar pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak tidak lama kemudian berkata, beliau sebagai ‘Menteri Besar’ akan mohon menghadap Sultan Perak bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN.
Beliau berkata, permohonan itu akan dibuat setelah semua dokumen berkaitan siap.
Ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Perak enggan memperkenankan permohonan membubarkan DUN, beliau berkata, ia hanya akan menyebabkan krisis Perlembagaan berterusan sehingga menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negeri ini.
‘‘Kita minta semua rakyat merayu kepada Tuanku untuk bubarkan DUN,” katanya.
Koo Ham pula meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh ‘dewan’ tersebut kerana ia satu-satunya jalan penyelesaian kepada krisis Perlembagaan di negeri ini.
Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan tindakan polis menghalang mereka memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat.
Sehubungan itu katanya, laporan polis akan dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang mereka memasuki dewan.


sumber..utusan malaysia
http://www.utusan.com.my/