Satu mangsa korban
pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dilaporkan terjatuh ke dalam
sebuah rumah penduduk di timur Ukraine, di mana lokasi pesawat itu jatuh
menyembah bumi, Khamis lalu.
Menurut penduduk
tersebut, Irina Tipunova, dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu meletup di
udara dan kemudiannya melihat objek jatuh menyembah bumi.
“Saya mendengar bunyi
yang sangat kuat dan melihat banyak objek yang mula jatuh dari udara dan
kemudian saya mendengar bunyi orang mengerang kesakitan dan dia jatuh
betul-betul dalam bilik tidur rumah, yang menyebabkan bumbung rumah saya rosak
teruk,” katanya memetik laporan Reuters.
Mayat penumpang wanita
itu ditemui dalam keadaan bogel, masih lagi berada dalam rumah Irina kerana dia
masih menunggu kehadiran pihak berkuasa untuk datang dan mengutip mayat
tersebut.
Selain itu, seorang
lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali menceritakan bagaimana dia berlari
keluar dari rumah selepas terdengar bunyi pesawat terbabit meletup.
“Saya buka pintu rumah
dan lihat beberapa orang jatuh dari pesawat dan salah seorangnya jatuh dalam
kawasan tanaman yang ditanam saya,” katanya, lapor Mynewswhub
No comments:
Post a Comment