My Blog List

Sunday, April 5, 2009

Perogol siber

petua mengelakkan dari perogol siber untuk kanak kanak dan wanita @ gadis @ janda@ ibu tunggal @ pelajar sekolah .

Beberapa langkah perlu diambil bagi membendung gejala ini walaupun ia tidak berada di peringkat yang serius memandangkan keupayaan berkomunikasi semakin berkembang luas.Terdapat beberapa langkah seperti disyorkan laman e-keselamatan yang perlu diberi perhatian termasuk:
1. Anak kecil tidak boleh menggunakan ruang sembang - bahayanya cukup besar. Apabila mereka semakin besar, halakan mereka ke ruang sembang yang diawasi dengan rapi.
2. Jika anak anda menyertai ruang sembang, pastikan anda tahu ruang yang mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual. Awasi kawasan bual itu sendiri untuk melihat jenis perbualan yang berlangsung.
3. Arahkan anak anda agar tidak meninggalkan kawasan awam dalam ruang sembang. Kebanyakan ruang sembang menawarkan kawasan peribadi yang mana pengguna boleh berbual antara satu sama lain secara lebih peribadi.
4. Pastikan komputer yang disambung pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan di dalam bilik anak.
5. Jika anak masih kecil, mereka perlu berkongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel sendiri. Apabila mereka semakin besar, anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk menetapkan alamat e-mel berasingan, tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.
6 Jika semua langkah pencegahan gagal dan anak anda tetap menemui pemangsa dalam talian, jangan salahkan mereka. Penjenayah itu harus bertanggungjawab sepenuhnya. Ambil tindakan tegas untuk menghalang anak anda daripada menghubungi orang itu lagi.

cegah sebelum parah
sediakan payung sebelum hujan

No comments: